Isnin, 11 April 2011

Pengalaman baru

Assalamualaikum.......pagi ni ntah nape....teringin plak nak tulis kat blog....baru belajar mencipta blog...untuk tatapan sendiri, luahan hati dan perkongsian idea. Maklum la...dah tua2 baru nak buat blog. Ye la....ilmu baru sampai. Dulu2 tak de belajar pun komputer ni...dah keje barula jumpa kmpter, belajar2 plak main facebook, buat email dan macam2 lg. tapi, facebook buat aku sakit hati. Kekadang tu buat aku cemburu ngan facebook suami. Maklumlah.... walaupun  dah tua tapi hatinya masih muda (konon la tu). (Alaaaa..... suami pun gitu gak....dia pun jeles gak bila tengok facebook aku) tu yang off kan je. Baik aku cipta blog. Boleh gak kongsi ilmu kat kengkawan.

Pagi tadi waktu nak gi keje rasa sebak plak kat dada. Rasanya tak sanggup aku menghadapi ujian dari yang maha Esa.....Tapi, bila dah beristighfar banyak kali baru aku tersedar. Dugaan demi dugaan yang aku terima menunjukkan aku ni insan yang di sayangi oleh Nya. Kerana dugaan itu hanyalah satu ujian dari Nya. Adakah aku ni tabah orangnya, kental jiwanya ataupun rapuh imannya.

Teringat aku pada penceramah yang berpesan sabarlah dengan dugaan yang diterima semakin banyak dugaan semakin sayang Allah pada kita. Entahlah....aku pun tak tau. Walauapapun aku cuba mengharungi kerana aku nak jadi ibu yg terbaik, dapat membimbing anak2 ke jalan yang soleh. Lebih2 lagi semasa ketiadaan suami kat sisi sewaktu ini. Maklum suami di hantar jauh untuk bertugas.

Wahai suamiku.....doakan isterimu ini agar tabah menerima ujian dari Allah....Tetapkan imannya agar tidak mudah terpelecok hatinya.....(maklum lama wei aku di tinggalkan)..

Ayah dan ibuku.....doakan aku agar permudahkan segala urusanku...semoga anak mu ini dapat melaksanakan tugasnya dengan baik....menguruskan cucu2 nya dengan sebaik mungkin....

Sekian....wassalam....

Tiada ulasan: